Surprise Me!

Ekstradisi | Thailand tidak akan serahkan suspek bunuh anggota PGA

2022-03-23 1 Dailymotion

Pihak berkuasa Thailand tidak akan menyerahkan tiga suspek yang terlibat dalam kes menembak mati anggota Pasukan Gerakan Am PGA Sarjan Baharuddin Ramli 24 November tahun lalu kepada Malaysia.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad mengakui tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia-Thailand walaupun ketiga-tiganya telah disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki bagi pertuduhan mengikut seksyen 302 kerana membunuh.